Jul 16, 2022 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan pasukan Penang FC untuk perlawanan minggu ke-11 Liga Super 2022 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam ini.
Menurut Michael Feichtenbeiner, Ketua Jurulatih Selangor FC, kemenangan perlawanan lepas sedikit sebanyak menaikkan ‘mood’ baik pasukan dan beliau berharap ia dapat membantu pasukan untuk meneruskan rekod baik di Stadium MBPJ.
“Pasukan berada dalam mood yang baik selepas menang menentang KL City FC pada minggu lalu. Biarpun minggu ini pasukan berlatih dengan agak ‘intense’ kerana jadual yang padat untuk perlawanan seterusnya, tetapi mereka telah berikan yang terbaik sepanjang sesi latihan dijalankan.
Untuk perlawanan pada malam ini, sudah semestinya kami mahu mendapatkan tiga mata dan meneruskan rekod baik di Stadium MBPJ bagi mendapatkan konsistensi yang berterusan,” tegas Michael.
Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum berkesempatan menggunakan khidmat R. Dinesh yang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).
Selain itu, Norhakim Hassan tidak dapat bersama pasukan atas faktor kecederaan di jari kakinya dan seperti yang dimaklumkan baru-baru ini, Safuwan Baharudin akan berehat panjang akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’. Klik sini untuk baca lebih lanjut.
Fazly Mazlan pula tidak dapat beraksi bersama pasukan pada malam ini kerana digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan perlawanan malam ini akan di maklumkan di laman sosial media Selangor FC. Dapatkan tiket #SELPEN di sini.
Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!